Pemilikan dan kewangan Manchester_City_F.C.

Syarikat induk bagi Manchester City F.C., Manchester City Limited, ialah sebuah syarikat sendirian berhad dengan kira-kira 54 juta saham dalam terbitan. Kelab ini telah berada dalam tangan swasta sejak tahun 2007, apabila pemegang saham utama bersetuju untuk menjual pegangan mereka kepada UK Sports Investments Limited (UKSIL), sebuah syarikat yang dikuasai oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra. UKSIL kemudian membuat tawaran rasmi untuk membeli saham yang dipegang oleh beberapa ribu pemegang saham kecil.

Sebelum pengambilalihan Thaksin, kelab ini telah disenaraikan di pasaran ekuiti bebas pakar PLUS (sebelum ini OFEX),[14] dimana ia telah disenaraikan sejak tahun 1995. Pada 6 Julai 2007, selepas memperolehi 75% saham, Thaksin mengeluarkan kelab ini daripada senarai dan mendaftarkan semula sebagai sebuah syarikat swasta.[15] Menjelang bulan Ogos, UKSIL telah memperolehi lebih daripada 90% saham, dan telah menjalankan haknya di bawah Akta Syarikat untuk "memerah" pemegang saham yang lain, dan mengambil alih keseluruhan pegangan saham. Thaksin Shinawatra menjadi pengerusi kelab dan dua anak Thaksin, Pintongta dan Oak Chinnawat juga menjadi pengarah. Bekas pengerusi, John Wardle kekal dalam lembaga selama setahun tetapi meletak jawatan pada bulan Julai 2008 selepas pelantikan eksekutif Nike, Garry Cook sebagai pengerusi eksekutif pada bulan Mei.[16] Kelab ini mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak £11j pada tahun akhir 31 Mei 2007, tahun terakhir dimana akaun diterbitkan sebagai syarikat awam.[17]

Pembelian Thaksin mendorong satu tempoh perbelanjaan di kelab,[18] dengan perbelanjaan sekitar £30 juta,[19] dimana pada musim-musim ini perbelanjaan kelab merupakan antara yang terendah dalam liga. Pada 1 September 2008, Abu Dhabi United Group Investment and Development Limited menyelesaikan pengambil alihan Manchester City. Perjanjian ini, dilaporkan bernilai £200 juta diumumkan pada pagi 1 September.

Kumpulan Bola Sepak City

Dicipta pada musim 2013–14 untuk menguruskan kepentingan bola sepak global Abu Dhabi United Group, Kumpulan Bola Sepak City ialah sebuah syarikat memiliki kepentingan dalam rangkaian kelab global untuk tujuan perkongsian sumber, rangkaian akademi dan pemasaran. Melalui Kumpulan Bola Sepak City, City memiliki kepentingan dalam beberapa kelab:

Pada 23 Januari 2014, ia telah diumumkan bahawa Manchester City telah bekerjasama dengan francais liga ragbi Australia, Melbourne Storm, membeli kepentingan majoriti dalam pasukan A-League, Melbourne City FC.Pada 20 Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa Manchester City telah bekerjasama dengan syarikat automotif Jepun, Nissan untuk menjadi pemegang saham minoriti dalam pasukan J-League, Yokohama F. Marinos.Pada 21 Mei 2013, ia telah diumumkan bahawa Manchester City telah bekerjasama dengan francais besbol Amerika Syarikat, New York Yankees untuk meperkenalkan pasukan ke-20 Major League Soccer, New York City FC sebagai pemegang saham majoriti. Kelab ini mula bermain pada musim 2015 Major League Soccer.Pada 5 April 2017, CFG mengesahkan pembelian pasukan divisyen kedua Uruguay, Club Atlético Torque.Pada 23 Ogos 2017, ia telah diumumkan bahawa Kumpulan Bola Sepak City telah mendapatkan 44.3% pasukan La Liga, Girona FC. 44.3% yang lain dipegang oleh Kumpulan Bola Sepak Girona.